JoM FRIENDZzz

Thursday, April 23, 2009

20/04/09(Konvo ke6 PSMZA)

9 comments

stage picture



Tangga kejayaan yang aku kecapi selepas 3 tahun melanjutkan pelajaran ak di politeknik sultan mizan zainal abidin, terengganu(PSMZA)

start dari 25 julai 2005 hingga 30 jun 2008, ak berada di dungun..ini lah hasil yang ak perolehi...segulung diploma...alhamdulillah...

Walaupun jauh dilubuk hati ku berasa sediy kerana semua teman rapat ku, iaitu geng solehah n geng gemuk 6 x datang pada hari tersebut ak tetap gembira kerana keluarga tercinta ak sudi menemani ak untuk detik itu..

Untuk husna,liza, kila, izza n mai dan x lupa jugak payak...ak doakn korang semua berjaya..rindo kat kowg wahai teman yang paling ak sayang di PSMZA..Kejayaan kitew bersama dan detik kitew bersama duka dan suka tidak akan aku lupakan...

Walaupon geng kitew yang paling bnyk masalah dan bnyk main2..Tapi aku bangga kitew semua akhirnya setiap sem tidak lepas dr AKJ dan ak bangga semua geng kitew dapat AKJ untuk last sem...Kitew dah buktikan kat semua, walaupon kitew yg paling bnyk maen2 x bermakna kitew x akan berjaya..
ak rindo kowang...

Untuk semua yang lain dr Kls DIT s2, ak ucapkan tahniah..
=)
n semua warga PSMZA...

TApi Ramai yG x Dtg...
Nie ClassMate Akooo



TAnz...






Nie Lagu Impianku...



KoleKsi GambaR di PSMZA


My Beloved Mother...Nie la Mak ak..Tanz mAk unTuk SegalanyA..



NooR FirDAus..With My PArenTssss



AIni + Naida + EiMa + MASt = PSMZA




Hu3, Ceria


Aku N dia, AHmad Qusyairi=)



Fir n Me...
=)

Tuesday, April 14, 2009

Trip Ke Zoo...

3 comments
one pict from ak ngan bebudak yg ak arrange masa kt Zoo..baru Siap Edit 1 jew..





hahahaha nie stiry nyew..
Best moment ngan bebudak tuisyen progam from SKALI. On 5hb April, hari to ak join trip gew zoo negara ngan bebudak n beberapa owg kawan sekerja yg lain u arrange activity bebudak ni kat zoo. Walaupun penat,jaga bebudak nie yg macm2 ragam yang x ley nk baca..Tapi ak tetap eppy...coz ni la kali pertama ak gew zoo negara..al maklumlah ak bkn owg KL, so around KL nyew tmpt jrang la ak gew..
so ngan ada nyew activity nie yang sudi invite ak as faccccyy...n jaga kerenah bebudak nie smua..dpt juga lah ak jejak kan kaki kt zoo negara..
hahahah
jakun gak lah ak...
tapi zoo negara x bnyak beza ngan zoo kat negeri lain..
hampir sama..but ak still eppy coz pertama kali pew cnaaaa..
hu3

harap2 dapat lagi la ak pew program jalan2 tmpat laen ngan bebudak ni..
hahahah
=)
rrr...lelebiy lak ak nie...
daaaa

Monday, April 13, 2009

CeRiTa Dr SeoWg TeMAn

3 comments
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!


P/s: hahahaha, so beringat lah jgn cepat berangan..Hidup ini perlukan usaha dan reda'..Jgn nk pki kawin sdngkan drI belum sempurna..beringat lah yew..hahahha terutamanya untuk Kaum ADAM...

Wednesday, April 8, 2009

...PSMZA...

0 comments



hooooorey
konvo dah nk dekat
hahahaha

PSMZA, i will come true..

jumpa di sana wahai kwn ku sekalian

=)

Sunday, April 5, 2009

Chemistry BetWeen U N Me

3 comments

sAlam..
hye...Pengalaman Dlm Hidup..Terlalu Bayak Chemistry between Ak n Kak Zila...
Problm Sama
PengalaMan Hidup Yg Sama
Pakai Baju Sama
Berat pon Sama
=)


But Tinggi jew X sama...
Hahahaha
Jgn MArah Yewk Kak Yewk...

Thursday, April 2, 2009

Nasib Baek Panjang Umor

2 comments
hye..
mornink..
Tadi aku hampir2 Kena Langgar masa pegi Kijew..
Motor to x benti walaupun time to untuk ak as perjalan kaki melintas...
nasib baik...
umor ak Panjang...


Sesak Nafas ak rasa...
Ya Allah...

Tuesday, March 31, 2009

Announcement

1 comments
Haraf Maap, blog ini dalam pengemaskinian

Subahanallah...

2 comments
salam n mornink..
apa yg aku nk story kat smua hari nie adalah ttg kejadian yg baru sahaja aku lalui dala sepuluh minit lepas..

Ada 1 kemalangan antara ketew n motor..
berlaku di depan mata aku..
ketika aku mejalan kaki menuju ke opis pd hari nie...

Yang sediy nyew pemboncing motor adalah perempuan mengandung..
kcian aku tengok n tergamam sgt pd masa to..
Suami kpd perempuan mengandung itu terlalu risau terhadap isteri nyew sehinggakan dia teramat marah kepada pembawa ketew to..
Syang suami iyu kpd isteri n bakal anak mereka terlalu jelas aku lihat..
terharu rasa..
=)

Silap ketew to jugak,time jem ni la nk bagi signal lmbt sgt bl nk masuk..
kecian kpd pembawa moto la...

So berwaspada lah terhadap hak meke dan piki kan lah akibat yang akan meke dan diri anda teme disebabkan kecuai anda...


...wasalam...

Sunday, March 29, 2009

Menilai Keikhlasan Pasangan

2 comments


New Story U kowang
hahahha


Sorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut.. Suatu acara yang luar biasa
dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam
persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan
sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: Sayang,
abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita’, katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. ‘Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita
akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia …’. Isterinya setuju dan
mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka
sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka
bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat
apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. ‘Abang akan
mulai dulu ya’, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri
isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir … ‘Maaf, apakah abang harus berhenti ?’ tanyanya. ‘Oh
tidak, teruskan …’ jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan
membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, ‘Sekarang
giliran sayang pula membacakan senaraimu’.

Dengan suara perlahan isterinya berkata, ‘Saya tidak mencatat
sesuatupun di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan
saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang….. Abang
adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya…
Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan
hati saya dengan Abang …’ Si suami tersentak dan tersentuh hatinya
oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya …..
bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk
dan menangis …

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan
orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita
PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki.. . Wallahualam

‘Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan
kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini
adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYAALLAH.’ hargailah
apa yg telah diberi…

The Latest Pict ..HUAHUA

2 comments

The latest photo..
hahahhaha
sajew jew nk mencapap kan muka kat blog...
jgn jeles n marah
=)



Teka Kami Dimana?
Penjara La..
hahahahaha
Jejalan Cari Makan N CarI Barang...N pengalaman..







 

TiRo PageS © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men