kita tidak penah lari untuk cuba memahami serta mendalami perkara2 yang berkaitan dengan Islam..tidak slaah jika mencari serta berkongsi diantara satu sama lain dengan bertujuan kebaikan..kebetulan baru2 ni ak ada tebaca berkenaan satu tajuk yang bagi ku, perlu ak kongsikan kepada kowg semua coz benda nie juga benda baik...
keindahan rambut disisi agama Islam..apa yg kowg paham dgn tajuk ni...mesti da terlintas dlm kepala otak kowg perempuan yang bertudung serta yang tidak bertudung..betul x???
mmg betul la to...
as seorang manusia yang bergelar wanita.gadis.perempuan dan sebagainya yang berkaitan ngan kaum hawa ini...da jadi lumrah n mmg sejak azali wanita ni x penah lari dari isu kecantikan or perhiasaan...semua perempuan didunia ni sukakan perhiasaan n kecantikkan termasuklah diri ak sendiri..tapi tahu kah kita, terdapat beberapa adab dlm menghiasi diri kita menurut cara Islam...
berdandan rambut, tidak boleh memakai barang kemas, tidak boleh bersolek, tidak boleh mewarnakan kuku, tidak boleh mencukur bulu kaki,dan tidak boleh berfesyen disisi Islam..bahkan boleh dikatakan serba serbi x boley dlm Islam, sehinggakan ada segelintir dr mereka diluar sana melabelkan agama Islam sebagai agama yang kolot, kusut dan ketinggalan zaman..
"Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai yang indah"-sabda Rasulullah...maka dari sini kita boleh tahu, bahawa Islam tidak melarang untuk berhias tetapi ada garis panduan yang perlu kita patuhi n amalkan didalam kehidupan harian kita....
topic yang ak baca kali ini lebih menekan kpd penjagaan mahkota diri bagi seorang wanita muslimah juga merupakan aurat baginya iaitu, rambut...di dalam Islam rambut adalah salah satu perkara yang diberikan penekanan....Rasulullah juga menegaskan bahawa "sesiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya", dengan erti kata lain bahawa rambut perlulah dijaga dari aspek panjang dan pendeknya, menjaga kebersihannya, meminyakkannya agar tahan lagi lembut, mengikat(sanggul)serta menyikatnya agar kemas lagi terurus...
tetapi kena tahu serta memahami batas-batas keindahan rambut itu menurut agama Islam...antaranya termasuklah:
Pertama:
janganlah terlalu memberi penekanan atau perhatian kepada penjagaan rambut sehingga leka dari tujuan utama Allah meletakkan kita di muka bumi ini. oleh itu, bagi mengelakkan kita dari leka terhadap perkara ini, maka seorang sahabat pon bertanyakan kpd Rasulullah. maka jawab baginda adalah seperti yang berikut " Rasulullah melarang kami menyikat rambutnya setiap hari". dengan erti kata lain, janganlah berlebih-lebihan dlm menjaga keindahan rambut. sebaliknya bersederhana la...termasuklah bersederhana dalam membelanjakan wang yang banyak semata2 utk mendandan rambut.
Kedua:
dalam memuliakan rambut, wanita juga dilarang mendedahkan rambutnya kepada orang ramai. para wanita boleh berhias utk keseronokkan dirinya sendiri dan utk suaminya. namun apabila keluarnya mereka dari rumah, para wanita hendaklah menutup auratnya dimana2 termasuklah rambutnya sekali.
Ketiga:
tidak termasuk dalam keindahan rambut utk memakai rambut palsu, mengikat sanggul unta dan mencabut uban. semuanya dilarang oleh Islam.
Keempat: dlm rangka menjaga serta memuliakan rambut,
hedaklah anda sentiasa berwaspada dengan perasan ujub, atau meremehkan org lain. ini kerana, sedetik dr perasaan buruk itu akan melayakkan anda ke neraka spt yang ternyata di dalam hadis...
kongsikan la tips ini kepada kengkawan yang lain..ini saja yg dpt ak kongsikan kepada kowg....
selamat beramal....amin...
salam
=)