JoM FRIENDZzz

Sunday, October 12, 2008


My Novel (First Story) :Akhirnya, Terpaksa aku melangkah pergi...



Sinopsis

Citew ni menceritakan 1 perjalanan dunia remaja. yg mana seorg gadis bernama jiha mempunyai keinginan sm sperti remaja lain iaitu ingin memiliki cinta sendiri wlpn dia masih tidak yakin dgn ikatan cinta. titik perkenalan dgn seorg jejaka, iaitu kimie telah membuka lembaran hidupnya. Malangnya jiha tidak dapat menghargai dan menilai cinta dari kimie kerna dia leka dgn alam remaja nya sendiri. Permergian kimie memberikan kesan yg mendalam pada diri jiha..Sedang kan kimie mula menjalinkan hubgn itim dgn atiqah.Adakah jiha dapat merebut kembali kasih N cinta kimie???Adakah atiqah akan berundur n beralah pergi...

...................................................................................................................................................................
Akhirnya, Terpaksa aku melangkah pergi
.:: Part 1 ::.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi untuk membaca hasil tulisan aku. Terlebih dahulu aku mintak maap kepada semua kerana ini adalah hasil tulisan ku yang pertama, so kalau ada silap dan salah tu maafkan aku la yewk... Harap korang semua suka dengan hasil tulisan ku ini...



CINTA,
Merupakan sesuatu yang tidak pernah ku duga,
Kau hadir dalam diri ini,
Mengajar aku pelbagai erti,
Rasa untuk menyayangi dan disayangi,
Cinta merupakan sesuatu yang sukar untuk difahami bila diri di belenggu rasa cinta pada seseorang yang amat kita sayangi..
Cinta pada pencipta dan cinta sesama mahluk..
Itulah cinta..

SAYANG,
Madah indah ini ku tulis hanya untuk mu.
SAYANG,
Kau insan yang tidak pernah aku sangka akan membuka pintu hati ini untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan erti cinta yang sebenar,
Cinta ini ku sangka hanya permainan hidup untuk alam remaja,
Kealpaan aku dalam merebut cinta semua lelaki,
Membuatkan aku terlupa akan kehadiran kau selama ini,
Dan apakah ’TITTLE’ yang sewajarnya harus ku berikan pada mu di dalam dihatiku...

Aku kehilangan mu kini,
Cinta mu mahupun jasad mu...
Ku tahu,
Peluang untuk merebut hatimu kembali amatlah tipis,
Sehinggakan aku lemah untuk berjalan di atas bumi ini tanpa mu,
Kesilapan ku adalah titik hitam dalam memori cinta kita,
Semoga kau memaapkan ku,
Kau adalah cinta ku selamanya,
Walaupun ku tahu cinta tidak semestinya akan bersatu,
Aku berdoa kau sentiasa berbahagia dalam doa cinta ku...sayang...

Cerita nya bermula apabila aku meningkat ke usia remaja. Ketika itu usia ku hampir mencecah ke usia 20 tahun. Maklumlah, dah masuk alam remaja. Melihat keletah rakan-rakanku yang telah mempunyai kekasih atau lebih famous dengan istilah ’balak’, aku juga teringin merasai perasaan yang serupa dengan mereka. Biasalah, anda semua diluar sana yang sedang membaca coreta ini semestinya merasai perasaan dan mempunyai keinginan sepertiku ini.

Ketika itu aku masih lagi menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi awam di pantai barat negara. Semasa aku sedang menjalani latihan industri, aku telah berkenalan dengan seseorang di laman web. Pada mulanya aku tidak pernah menghiraukan salam perkenalan daripada si dia. Kerana aku tahu aku tidak mahu lagi terjebak dalam alam cinta. Aku berpura-pura menyembunyikan keinginan ku untuk mempunyai kekasih hati, kerana aku tahu semua nya pasti sia-sia. Cinta alam remaja lah katakan, semuanya hanya permainan muda mudi seperti aku.

Lama-kelamaan salam perkenalan yang aku anggapkan biasa mula bertukar kepada satu hubungan yang boleh dikatakan sesi suai kenal. Biasa lah tu, baru-baru nak kenal mestilah ada sesi suai kenal walaupun secara tak langsung. Di yang ku kenali dengan nama samarannya kimie atau nama sebenarnya wan taufiq hakimi. Dia merupakan salah seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta di mana tempat aku menjalani latihan industri di pantai barat malaysia. Usianya muda setahun daripada usia ku. ”Aaahhhh, lantaklah!!!!”,bentak hatiku. Aku hanya mahu berkawan dengan dia, tak lebih dari itu niatku...keluah hati kecilku...Walaupun ku tahu usia muda daripada usia ku pada ketika itu tapi aku tetap terus berkawan dengan kimie.

Pada suatu hari, setelah lamanya aku berkawan dengan kimie akhirnya aku bertekad untuk bertanya dimana dia sedang menuntut(pada ketika itu aku masih lagi tidak mengetahui tentang dirinya). Selama ini dia telah merahsiakan daripada ku dimana tempat di menuntut. Akhirnya pada hari itu, aku telah mengetahui dimana sebenarnya tempat dia menuntut. Alangkah terperanjatnya aku apabila mengetahui bahawa dia merupakan penuntut di kolej yang sedang aku jalani latihan industri itu. Dan pada hari yang sama juga kimie telah menghantar mesej kepada ku melalui internet bahawa dia mahu berkenalan dengan ku dengan lebih rapat. Dan dia juga memohon izin daripada ku, agar aku sudi untuk memberikan no telefon bimbitku kepada nya.
Pada mulanya aku berkeras untuk tidak memberikan nombor telefon bimbit ku kepadanya kerana aku menganggap dia sama seperti lelaki lain. Lelaki lain yang aku maksud kan adalah ”lelaki yang pandai berfoya-foya dan saja hendak mengenakan perempuan untuk di jadikan bahan mainan”. Selepas berkali-kali dia berusaha untuk mendapatkan nombor telefon ku, akhirnya aku bersetuju untuk memberikan kepadanya dengan mengenakan 1 syarat. Syaratnya adalah dia mestilah datang berjumpa dengan aku sendiri di perpustakaan pejabat aku sedang menjalani latihan industri. Pada mulanya, aku ingatkan dengan meletakkan syarat kepada kimie, dia akan membatalkan hasratnya untuk mendapatkan nombor telefonku. Sangkaan ku ,meleset.

Alangkah berdebar nya hatiku, bila melihat kehadiran nya bersama rakan-rakanya di perpustakaan pada ketika itu. Hati kecilku mengeluh ”apa gila agaknya mamat ni, matilah aku kalau bos tahu hal ni”. Aku mula lega bila aku melihat kimie serta rakan-rakanya beransur pergi. Tapi pabila ku melihat dia beransur pergi, aku selagi berbisik dengan hatiku ”Penakut la tu, tak ada makna nya dia berani dengan syarat yang aku bagi”,ungkap ku.. aku merasa sedikit hampa, kerna aku mula menyukai si dia. ”Jihaaaa...Jihaaaaa..ada orang datang cari awak ni”,lantang sekali suara kak zila memanggil namaku. ”Apahal pulak la kak zila ni, macam aku pekak pulak dia memanggil nama aku...nak pecah anak tekak agaknya”,keluh ku...”Ye kak zila, sekejap jiha datang la ni”,laungku..

Alangkah teperanjatnya aku apabila melihat kelibat yang sedang memandang ke arah ku itu. Langkah ku terhenti seketika.. ”Ni haaa, si kimie nak jumpa kau”,kak zila berkata kepada ku sambil memandang kearah ku. Aku hanya mampu mengukir senyuman kambingku ke arah kak zila dan juga kimie. Dalam hati tuhan saja lah yang tahu bertapa berdebar dan takutnya aku pada waktu itu. Lalu aku pergi menghampiri kimie yang sedang berdiri. Aku tahu, dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti ku. Gigil jew rasa. Lalu aku mengajak dia untuk duduk di kerusi sofa, supaya hilang dan jauh dari kak zila. Tau-tau jew lah, siapa yang tak kenal dengan kak zila yang garang tu. Nak-nak pula, dia adalah staf yang dah lama bekerja kat sini. Faham-faham je la..semua faham kan apa yang cuba aku sampaikan????????hahahaha jahatnya aku.....

Sesampai nya aku di kerusi sofa, dengan pantas nya aku melabuhkan punggung ku di atas sofa tanpa menghiraukan kimie. Takut dan gabra la katakan. Aku rasakan semua tindak- tandukku macam sedang di perhatikan oleh kak zila je. Aku wat slamba je, takut nanti apa pulak kata kak zila. ”Apahal awak datang cari saya ni?”,soal ku untuk memulakan perbualan. Kimie hanya tersenyum memandang aku. Aku jadi serba salah. ”Dah la mamat ni, jangan lah sengeh jew”,suara hatiku berkata.

Akhirnya setelah beberapa minit kimie mendiamkan diri dan hanya tersenyum memadang ke arahku, akhirnya dia mengungkapkan sesuatu dari mulutnya. Buat pertama kalinya aku mendengar suara wan taufiq hakimi. ”Lah, saya datang sebab nak mintak dapatkan no phone awak la”,kimie bersuara dengan bermuka slambar. ”Oh, yeke....”,aku menjawab sambil mengukir senyum paksa kepada kimie.

”Awak tak sudi ke, nak berkawan dengan saya?”,tanya kimie sambil memandang kearah ku. Lalu aku menjawab ”Ehhhh, tak adalah..Awak ni...”. ”Kalau macam tu awak sudi lah nak bagi no phone awak kat saya,x gitu cik jiha???”, soal kimi kepadaku. Aku terdiam. Tergamam aku dengan keberanian kimie berkata sedemikian kepada ku.. ”Gila, betul mamat ni!!..malu aku” keluh ku sendirian.

Dari hujung lirik mata ku, ku lihat kimie mula meraba-raba poket seluar nya seperti ingin mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya itu. Aku tahu pasti benda yang ingin di keluarkan dari poket seluarnya itu, tidak lain dan tidak bukan mesti telefon bimbitnya. ”haaaa, kan dah betul”,keluh hatiku apabila melihat kimie sedang memegang telefon bimbitnya nokia N 70. ”ha, cepatlah..Saya dah keluarkan dah henset saya nak save no awak..”,kimie bersuara.

Aku masih tersenyum kambing lagi. Aku takut kalau-kalau tindakan aku dengan memberikan nombor telefon kepada dia akan mengundang banyak masalah kelak. Disebabkan aku telah berjanji dengan kimie, aku terpaksa juga menunaikan janji ku itu. Buat kata pepatah, binatang berpegah pada taliannya, manusia berpegah pada janji nya. ”errrmmm......0..1..3..9..6..4...7..9..6..4..”,aku bersuara..kemudian aku mengukir sebuah senyuman kepada kimie selepas memberikan dia no. telefon ku. Dan kemudian nya aku menyuruh dia untuk membuat panggilan ke nombor ku tadi..kemudian kimie pun menekan keypad henset untuk membuat panggilan ke telefon ku..

”okay lah awak, saya nak sambung wat keje ni..jumpa lain kali je la yerk..”, ungkap ku kepada kimie supaya pergi meninggalkan aku dan aku berharap agar dia memahami apa yang sedang aku sampai kan kepada nya itu. Akhirnya kimie melangkah kaki meninggalkan aku yang sedang duduk di kerusi. Mungkin kimie memahami maksud kata-kataku tadi. Beberapa minit kemudian aku pun berlalu meningalkan kerusi sofa iaitu tempat yang menemukan aku dengan kimie buat kali pertama.

Aku mengatur langkah dengan berhati-hati supaya tiada yang perasan dengan apa yang sedang terjadi dalam diriku. Perasaan berdebar bercampur malu semasa bersua muka dengan kimie masih lagi menghantui aku. Perasaan itu cuba untuk ku kawal supaya tiada seorang manusia pun termasuklah orang yang baru sahaja aku jumpa tadi iaitu kimie dari mengetahui nya. Sedang aku berjalan menuju ke tempat aku untuk menyambung kerja ku kembali, aku melihat ada satu raut wajah yang sudah di makan usia itu sedang memandang tajam ke arah ku yang sedang berjalan menghampiri nya. Orang yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah kak zila.

Jasadku makin hampir dengan kak zila. Kedengaran suara bertanyakan sesuatu kepada ku. ”Apahal budak kimie tu, nk jumpa kamu jiha?”, soal kak zila. aku terdiam. ”aahhh, matilah aku kali ni...Apa nak cakap ni..Kalau aku cakap yang betul karang mati lah aku kena marah baik aku tipu saja kak zila...tak pe la, tipu sunat”,keluh hatiku.

Aku cuba untuk menyusun ayat untuk menipu kak zila supaya dia tidak ragu-ragu dengan apa yang akan ku katakan nanti. ”Ooohhh, adik tadi tu ke kak zila..Eehmm, dia tanya jiha tentang projek yang pernah jiha wat dulu. Dia mintak jiha tolong ajarkan pada dia”, jawab ku. ”Ehhrrmmm, kak zila kan budak tu nak menggatal dengan kamu tadi jiha..”,balas kak zila. tersentak aku mendengar kata-kata yang di lemparkan oleh kak zila kepada ku itu. Dia semacam sudah dapat membaca dan menghidu pembohongan ku tadi.

”Akak bukannya apa jiha, cuma nak megingatkan kamu sahaja..Budak-budak laki kat kolej ni jangan kamu layan sangat. Semuanya hanya nak menggatal”, pesan kak zila kepada ku. Aku faham apa mesej yang hendak kak zila sampaikan. Mungkin kerana usia nya juga hampir seusia dengan ibu kandungku, menyebabkan naluri keibuannya juga sama dan terpanggil untuk menasihati aku. Mungkin dia tidak mahu aku terjebak dengan benda-benda yang boleh merosakkan diri aku sebagai remaja perempuan.

Maklumlah sekarang sudah ramai muda mudi di luar sana yang terjebak dengan gejala yang tak bermoral sehinggakan memalukan kedua ibu bapa mereka. ”Tak la kak zila,bukan cam tu lah. Jangan risau. Jiha dah anggap di tu macam adik jiha je kak zila”, jawab ku lagi. ”Bagus lah jiha,akak ni dah anggap kau tu macam anak akak jew. Risau takut jadi apa-apa jew”, jawab kak zila lagi. Kata –kata kak zila itu mematikan perbualan kami.

Jam tepat menunjukkan jam 5.30 petang. Masa untuk pulag dari pejabat. ”Ira, nak punch card tak? Atau kau nak aku je tolong punch kan?”, soal ku kepada rakan karib ku itu. ”Kau tolong je la,yer.. Malas pulak aku nak naik..Boleh kan jiha?”, soal ira. ”Okay la,aku naik dulu kay. Kau tunggu aku tau”, balas ku lagi. ”Yela, aku tunggu lah ni”,jawab ira. Aku pun berlalu pergi meninggalkan ira. Butang lif itu ku tekan untuk membolehkan aku naik ketingkat 1. Apabila sampai saja ditingkat 1,aku melihat ramai pekerja serta rakan-rakan praktikal ku sedang sibuk meng punch kan kad masing-masing. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

Seraut wajah yang agak bulat memandang kearah ku sambil tersenyum. Dia juga merupakan rakan sekelas ku semasa di kampus. “Aku dah punch kan untuk kau dan ira dah”, jawab zulaiqah. Zulaiqah mempunyai susuk tubuh yang agak kecil tetapi berisi itu mempunyai perwatakkan yang agak matang berbanding aku dan ira. ”Ala, lif mesti penuh. Jom kita turun tangga je la”, pinta zulaiqah. Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan cadangan nya itu. Kami pun melangkah kaki menuruni anak tangga.

Sesampai nya aku di bawah ira sudah siap menunggu di luar pintu sambil memegang beg tangan ku serta barang-barang ku yang lain. Apabila aku dan zulaiqah menghampiri ira, aku pun mengambil kesemua barang-barang ku itu. ”Tanz ira”,ucap ku. Tanda aku berterima kasih kepada ira kerana telah memegang barang-barang ku sementara aku naik ke atas tadi. Ira pun menjawab ”Sama-sama”.

Kami bertiga pun berjalan menuju ke asrama di mana tempat kami menumpang tidur. Asrama ini disediakan kepada pensyarah, staf mahupun pelajar yang menjalankan latihan industri seperti ku. Selain itu fungsi sebernarnya asrama ini adalah untuk menempatkan para pelajar yang menuntut di kolej ini. Ini juga adalah kemudahan yang telah di sediakan oleh pihak kolej kepada aku serta rakan-rakanku yang lain.

”Kita singgah kak gerai bawah asarama tu ye, aku lapar lah”, pinta ira. ”haakh lah, aku pun lapar jugak”,sambung ku lagi. Zulaiqah hanya mengikut sahaja cadangan kami itu. Selepas siap membeli makanan dan minuman yang telah dibungkus oleh pemilik kedai, kami bertiga pun naik ke bilik masing-masing. Bilik kami terletak di tingakat 21 A dan 21 B. Aku sebilik dengan ira. Manakala zulaiqah tinggal bersama seorang lagi rakan kami iaitu akma. Akma juga merupakan penuntut di kampus yang sama dengan kami cuma jurusan sahaja yang berbeza. Sebelum ini kami hanya mengenali dia, tapi dengan berada kami di sini telah merapatkan lagi kami berempat. Bilik kami bertentangan antara satu sama lain. Ini membuatkan zulaiqah serta akma tidak ada sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan kami secara terus.

Ira mengeluarkan segugus anak kunci kepunyaan nya dan seterusnya membuka pintu bilik kami, manakala zulaiqah pula menuju balik ke biliknya. Sesudah ira membuka pintu bilik, ira dan aku pun meluru masuk. Aku meletakkan semua barang serta beg tangan ku diatas meja. Lalu tangan ku mencapai tombol pintu balkoni, dan tombol itu ku pusingkan. Lalu pintu balkoni itu pon terbuka. Pemandangan yang menghadap ke perkampungan yang berhampiran serta pemadangan yang semula itu sangatlah indah. Terdapat gunung-gunung serta hutan di situ. Kemudian ku, beralih ke arah tingkap. Lalu tingkap pula ku buka. Sinaran matahari pean amat menyilaukan mata ku. Aku menarik langsir menutupi tingkap itu. Kemudian pintu balkoni ku tutup sedikit supaya sinaran itu tidak meyilaukan pemandangan aku dan ira.

”Jiha, jom makan”, pelawa ira. Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Kami duduk bertentangan antara satu sama lain. Oleh kerana, keadaan bilik asrama ini tidak luas, jadi kami terpaksalah berhimpit sedikit. Makanan yang aku beli ku tadi, ku buka..”Eehrmm, lauk sama je kita makan”,luah ku. ”Terpaksa jiha, kalau tak kita lapar”, jawab ira. Nasi putih berlaukkan ayam kari, sedikit sayur kacang panjang serta sambal belacan ini adalah menu utama dan seharian aku sepanjang berada di sini. Mahu tak mahu, aku terpaksa juga makan untuk meneruskan hidup.

Selepas selesai sahaja aku makan, aku pun meneguk air milo yang telah ku bungkus tadi. ”kenyang jugak akhirnya”, luah ku. ”Aik, sebelum ni kau tak kenyang kew?”, tanya ira kepada ku. ”Tak lah macam tu, cuma aku nak bagitau je”, jawab ku. Kedengaran suara gelak ku dan ira mematikan perbualan kami sebentar tadi.

Malam menjelma kan diri dan menutupi langit yang pada mula nya terang bertukar gelap. Azan magrib juga kedengaran, dari arah surau kolej serta masjid yang berhampiran dengan asrama kolej. Aku bersiap sedia untuk mandi dan menunaikan solat. Baldi, gayung serta barang keperluan untuk aku gunakan untuk membersihkan anggota badan ku, ku bawa sekali.

Aku mengatur langkah untuk ke bilik air yang berada di luar bilik kami. Sesampai saja di pintu bilik air, aku teringatkan sesuatu yang aku tidak bawa bersama. “Ala, lupa bawak tuala la pulak”, keluh ku. Aku meninggalkan barang-barang yang telah ku bawa tadi di dalam bilik air sahaja. Aku berjalan menunju kea rah bilik. Ira memandang kearah ku sambil berkata “Aik, kak…Dah siap mandi ker?Kejap je?”. “Aku lupa bawa tuala la tadi”,jawab ku sambil mencapai tuala ku tersangkut di penyangkut baju. Kedengaran gelak tawa ira. “Apa la kau ni, muda-muda lagi dah nyanyuk”, jawab ira sambil tergelak lagi. “Sengal tol nya kawan, kata aku nyanyuk”,bentak ku. Angin betul aku si budak ira ni kenakan aku. Tak apa, hari ini hari kau..Lain kali bila kau pulak yang tertinggal barang aku akan kenakan balik. Siap la kau ira. Aku dah masak dengan perangai si ira, dia memang suka berlawak. Sikit pun tak pernah aku simpan lawak dia dalam hati. ”Dah la ira, aku dah pe mandi dan solat..Layan kan kau ni karang lambat pulak aku”, balas ku lagi. Aku berlalu pergi meninggalkan ira yang masih lagi mentertawakan gelagat aku sebentar tadi. Aku berlalu menuju ke arah bilik air untuk mandi dan mendirikan solat.

3 comments on " "

Zonan on October 12, 2008 at 8:31 PM said...

Wahh... hebat.. ader penulis muda lah kat sini... keep up the good work...

hackin9 on October 12, 2008 at 11:06 PM said...

haha3 peh citerr jiwang bolehhh....
hak penulis novel la conon...

rezuan on October 13, 2008 at 11:22 PM said...

ape citer ni??..

 

TiRo PageS © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men