JoM FRIENDZzz

Sunday, March 29, 2009

Menilai Keikhlasan Pasangan




New Story U kowang
hahahha


Sorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut.. Suatu acara yang luar biasa
dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam
persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan
sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: Sayang,
abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita’, katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. ‘Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita
akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia …’. Isterinya setuju dan
mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka
sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka
bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat
apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. ‘Abang akan
mulai dulu ya’, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri
isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir … ‘Maaf, apakah abang harus berhenti ?’ tanyanya. ‘Oh
tidak, teruskan …’ jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan
membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, ‘Sekarang
giliran sayang pula membacakan senaraimu’.

Dengan suara perlahan isterinya berkata, ‘Saya tidak mencatat
sesuatupun di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan
saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang….. Abang
adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya…
Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan
hati saya dengan Abang …’ Si suami tersentak dan tersentuh hatinya
oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya …..
bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk
dan menangis …

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan
orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita
PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki.. . Wallahualam

‘Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan
kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini
adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYAALLAH.’ hargailah
apa yg telah diberi…

2 comments on "Menilai Keikhlasan Pasangan"

baby bambam collection on March 29, 2009 at 9:58 PM said...

hurmm..
sgt tersentuh..

Zonan on March 30, 2009 at 2:15 AM said...

huh..
mkn dalam tuu...

 

TiRo PageS © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men