JoM FRIENDZzz

Tuesday, February 22, 2011

Cinta v/s Pasangan menurut ISLAM


Jika tidak ingin melakukan kesilapan dalam membuat pilihan memilih pasangan sehidup n semati anda...anda haruslah memilih pasangan anda BUKAN disebabkan oleh 10 perkara di bawah:

  1. Berkahwin kerana harta(harta hanyalah hiasan duniawi semata2, jgn menjadi manusia yg menjdi hamba kepada duet)
  2. Berkahwin kerana paras rupa(ingatlah bahawa, paras rupa yang cantik bukanlah kekal selamanya, dan rupa paras yang cntik bukan kunci/jaminan utk hidup bahagia..tiada istilah cantik atau buruk kerna semua ini adalah kurnia TUHAN...tiada seorg pon manusia yg buruk didunia ini, melainkan dia yg menghina dirinya sendiri,sayangi la diri anda jika mahu diri disayangi oleh sidia)
  3. Berkahwin kerana perasan asmara(janganla engkau mencintainya kerna dirinya, cintai la dirinya kerna kau mencintai TUHAN yang maha esa...moga semua urusan mu didunia ini akan dipermudahkan olehNYA..)
  4. Desakan umur(umur bukanlah garis ukur untuk menilai atau menentukan samaada anda layak utk berkahwin @ tidak...jodoh adalah rahsia TUHAN...tetapi jodoh itu tidak dtg dengan sendirinya, ianya mestilah di cari...maka berikhtiar la mencari pasangan yg sesuai utk anda)
  5. Balas jasa(perkahwinan bukanla paksaan...maka alasan utk membalas jasa dengan berkahwin dengannya adala sesuatu yg tidak logik/x masuk akal...melainkan kita benar2 ikhlas terhadap nya...bukankah setiap kebaikkan yang dilakukan, tidak boleh mengharapkan sebarang balasan)
  6. Kepuasan seks(jangan lah sesekali kita memilih pasangan kerna perkara ini...jangan terlalu tergoda dengan hasutan syaitan...beringatlah wahai anak Adam, tugas syaitan dan iblis adalah untuk menyesatkan kita semua)
  7. Paksaan keluarga(desakan dr keluarga sesuatu yg sukar utk ditolak...ibarat ditelan mati emak, dibuang mati bapak...bawak la berbincang...bukankah berbincang adalah sunah Rasulullah bg mendapatkan keputusan yang lebih elok...)
  8. Pangkat dan populariti(faktor ini, kemungkinan jugak disebabkan oleh faktor dunia hari ini..maka renung-renungkan la..pangkat serta dunia glamor ni adalah sementara...adakah anda ingin hidup dengan pasangan ketika dia berpangkat n tika dia popular shj...semestinya tidak bukan)
  9. Perasan kasihan(jangan sesekali memilih pasangan anda kerna perasaan kesihan kerana ini akan memakan diri anda sendiri..malah tempiasnya juga akan terkena kepada pasangan anda yang tidak bersalah itu)
  10. Sahut cabaran teman atau sesiapa sahaja(ini semestinya tidak perlu anda lakukan..kerna ia pastinya akan melukakan hati mereka yang tak berdosa..ingtlah pd balasan TUHAN..jika di dunia x dpt cash, pastinya di akhirat kelak anda akan terima balasan pd setiap perbuatan anda...)

Diharapkan 10 perkara yang telah dinyatakan diatas tidak dijadikan garis panduan dlm memilih pasangan hidup anda di dunia dan di akhirat kelak..cintai lah pasangan anda kerna anda cintai Allah s.w.t....semoga kehidupan anda diberkati..

Carilah pasangan yang sesuai untuk anda...terima lah kelemahan yang ada pada...agar dia akan mencintai anda kerna kelemahan yang anda miliki itu...

Jika masih ragu2 untuk membuat keputusan utk menerima si dia dalam kehidupan mu, mintalah pertolongan ALLAH , yang maha esa...dengan mendirikan solat istikarah...moga semua jalan yang berliku berubah menjadi jalan yang lurus...

semoga anda yang sedang membaca mendapat input serta panduan dalam memilih pasangan anda..insyaAllah..amin..


"Cintailah seseorg bukan kerana kelebihan yang ada pada dirinya, tpi cintai la dirinya kerana kelemahan yg dimiliki olehnya..semoga dia juga begitu...=)"

0 comments on "Cinta v/s Pasangan menurut ISLAM"

 

TiRo PageS © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men