JoM FRIENDZzz

Tuesday, March 22, 2011

mahkota seorang wanita muslimah

0 comments
kita tidak penah lari untuk cuba memahami serta mendalami perkara2 yang berkaitan dengan Islam..tidak slaah jika mencari serta berkongsi diantara satu sama lain dengan bertujuan kebaikan..kebetulan baru2 ni ak ada tebaca berkenaan satu tajuk yang bagi ku, perlu ak kongsikan kepada kowg semua coz benda nie juga benda baik...

keindahan rambut disisi agama Islam..apa yg kowg paham dgn tajuk ni...mesti da terlintas dlm kepala otak kowg   perempuan yang bertudung serta yang tidak bertudung..betul x???
mmg betul la to...

as seorang manusia yang bergelar wanita.gadis.perempuan dan sebagainya yang berkaitan ngan kaum hawa ini...da jadi lumrah n mmg sejak azali wanita ni x penah lari dari isu kecantikan or perhiasaan...semua perempuan didunia ni sukakan perhiasaan n kecantikkan termasuklah diri ak sendiri..tapi tahu kah kita, terdapat beberapa adab dlm menghiasi diri kita menurut cara Islam...

berdandan rambut, tidak boleh memakai barang kemas, tidak boleh bersolek, tidak boleh mewarnakan kuku,  tidak boleh mencukur bulu kaki,dan tidak boleh berfesyen disisi Islam..bahkan boleh dikatakan serba serbi x boley dlm Islam, sehinggakan ada segelintir dr mereka diluar sana melabelkan agama Islam sebagai agama yang kolot, kusut dan ketinggalan zaman..

"Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai yang indah"-sabda Rasulullah...maka dari sini kita boleh tahu, bahawa Islam tidak melarang untuk berhias tetapi ada garis panduan yang perlu kita patuhi n amalkan didalam kehidupan harian kita....

topic yang ak baca kali ini lebih menekan kpd penjagaan mahkota diri bagi seorang wanita muslimah juga merupakan aurat baginya iaitu, rambut...di dalam Islam rambut adalah salah satu perkara yang diberikan penekanan....Rasulullah juga menegaskan bahawa "sesiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya", dengan erti kata lain bahawa rambut perlulah dijaga dari aspek panjang dan pendeknya, menjaga kebersihannya, meminyakkannya agar tahan lagi lembut, mengikat(sanggul)serta menyikatnya agar kemas lagi terurus...

tetapi kena tahu serta memahami batas-batas keindahan rambut itu menurut agama Islam...antaranya termasuklah:

Pertama: janganlah terlalu memberi penekanan atau perhatian kepada penjagaan rambut sehingga leka dari tujuan utama Allah meletakkan kita di muka bumi ini. oleh itu, bagi mengelakkan kita dari leka terhadap perkara ini, maka seorang sahabat pon bertanyakan kpd Rasulullah.  maka jawab baginda adalah seperti yang berikut " Rasulullah melarang  kami menyikat rambutnya setiap hari".  dengan erti kata lain, janganlah berlebih-lebihan dlm menjaga keindahan rambut.  sebaliknya bersederhana la...termasuklah bersederhana dalam membelanjakan wang yang banyak semata2 utk mendandan rambut.


Kedua: dalam memuliakan rambut, wanita juga dilarang mendedahkan rambutnya kepada orang ramai.  para wanita boleh berhias utk keseronokkan dirinya sendiri dan utk suaminya.  namun apabila keluarnya mereka dari rumah, para wanita hendaklah menutup auratnya dimana2 termasuklah rambutnya sekali.  


Ketiga: tidak termasuk dalam keindahan rambut utk memakai rambut palsu, mengikat sanggul unta dan mencabut uban.  semuanya dilarang oleh Islam.  


Keempat: dlm rangka menjaga serta memuliakan rambut,hedaklah anda sentiasa berwaspada dengan perasan ujub, atau meremehkan org lain.  ini kerana, sedetik dr perasaan buruk itu akan melayakkan anda ke neraka spt yang ternyata di dalam hadis... 


kongsikan la tips ini kepada kengkawan yang lain..ini saja yg dpt ak kongsikan kepada kowg....
selamat beramal....amin...
salam
=)

Monday, March 21, 2011

mud PSM...wahahha

2 comments
hyew..kengkawan..saja jew nk share kat kowg ttg PSM ak nyew rupa...wahahah..kalo ada idea bley la kctaw kat ak...jgn la lupa plawk taw...


 nie ak nyew interface for stori2 games nie cerita...
 nie ak nyew production..wahahah..main crete jew..wahahha
nie intro for my psm nyew page...

ak sekarang didalam phase menyiapkan PSM ak..cuak plus takut...mintak2 la semua nya berjalan dengan lancar..amin..

"Padan Muka Awak"

0 comments
salam...ai,semua kengkwan...tetiba jew rasa ak patot tulis benda nie dalam ak nyew blog...nta kenapa n mengapa ak rasa benda nie sesuatu yang memberi kesan mendalam buat diri ak seorang manusia dan juga as seorang pelajar universiti....

mungkinkah disebabkan ak ni tidak mature untuk cuba memahami apa yang cuba disampaikan olehnya..or ayatnya sebagai satu pembakar semangat pd diri kami as anak muridnya or sememangnya ayat itu untuk menyakitkan ati ak dan kengkawan lain...ak cuba untuk memahami kata2nya pada kami...

"Padan Muka Awak"...adakah patut ayat itu di ungkapkan oleh seorang yang selama ini ak hormati n segani...selama ini, setiap apa yang cuba dia suarakan, cuba lontarkan pandangan serta nasihat..ak cuba terima walaupon pahit...wlpon ak tahu ramai di luar sana yang sejurusan dengan ak tidak menyukai DIA...

ak benar2 kecewa dengan katanya ari nie...kisahnya begini...

pada tarikh 19032011...kami as budak2 multimedia tahun akhir...dimaklumkan utk menghadiri diri ke seminar kursus maya(3d) n after effect...pada mulanya ak juga malas ingin manghadiri kursus tersebut..tp disebabkan benda to wajib n mengenangkan benda to ilmu..ak pon pergi dengan ati yang ikhlas...maka ak jugak bersyukur coz kursus yang mengambil masa cuma sehari itu juga memberikan ak sedekit sebanyak ilmu...tengs to miss sera...

kebetulan pula, ak diberitahu..bahawa pada tarikh tersebut juga akan di jalankan CCM(contest utk bebudak FTMK)...sapa yang x mau masuk dpt duet to.tp disebabkan ingin mendahulukan benda yg wajib, ak serta beberapa rakan yg laen pon mengabaikan contest to...

tub..tub...ari ni boleh la, DIA mengatakan sesiapa yang x menghadiri kursus to markah kuiz3 mereka akan jadi 0...sesiapa yang pergi masuk contestant (menang or kalah), markah kuiz3 mereka full(10 mark)...lalu ak serta beberapa rakan yang lain pon ckp la kami pergi kursus 3d to...dengan selamba DIA boleh menjawab, padan la muka awak....kecik nya ak dengan kata2 DIA..sampai sekarang rasa mcm ak nie seorg manusia yg useless jew...cuba buat yang terbaek utk diri sendiri..tp malangnya..nasib x menyebelahi ak...

kowang boleh bayangkan x..bertapa kecewanya ak...tp ak anggap itu mungkin sebagai pembakar semangat...
peristiwa ini, kata2 dr DIA, dan tarikh hari ini 21032011..akan ak ingati dlm idup ak as student...
s.e.k.i.a.n....

akhirat vs duniawi

0 comments
renungan buat kita umat manusia....

Sabda Rasulullah s.a.w

"Sesiapa yang akhiratnya itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya..Allah memudahkan segala urusannnya dan dunia akan datang kepada mereka yang hina(iaiti dalam keadaan dirinya mulia)..
Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadannya melainkan dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya)iaitu dalam keadaan hina)..."-Riwayat Al-Tarmizi...


Pada anda yang telah membaca apa yang cuba saya kongsikan ini, marilah kita perbetulkan niat (nawaitu) kita kenapa kita berada dimuka bumi ini...sama2 kita renungkan...amin...

Friday, March 18, 2011

mati tapi bernyawa

0 comments
salam hye blog...
lama x dengar cerita dr ak kan...
ak kebosanan sebenarnya ri nie...
umpama mati tp still bernyawa...

kadang2 ak rasa down gilew...bilew ak dicampak kesana kemari...bila ak tiada tempat utk bercerita...bila ak rasa kesunyian tnpa mendengar suara laen yang sering menemani ak selama ini..mgkin jugak skrg ak ngah pressure menyiap PSM ak yang still lagi belum ak siap...huuuuuuuuuuuhhhhhh..ak fade-up...kadang2 rasa mcm nk lari jew dr semua masalah ni..tp itu xmungkin berlaku...sebab idup nie xkan ceria tanpa semua to..so ak kena la terima semua nie..sebagai satu rencah dlm menempuh perjalanan hidup...

ntah kenapa tetiba ak rasa kosong...xtaw kenapa semangt idup ak hilang...mungkin jugak sebab apa yang terjadi disekeliling ak...sedih mau menangis..tp semua nie cabaran hidup...n lumrah hidup...

keadaan emak(nenek) yang still lg kurang stabil...jugak menyebabkab ak dlm keadaan ini...ak arap akan cepat sembuh seperti sedia kala...

motor..motor..ari nie motor ak meragam lagi...asyik nk masuk wad jew kebelakangan nie..ari nie motor ak as usual wat hal kat mydin lg...break motor ak rosak...so motor ak stack xley gerak...jem....tension...tangan ak lak tersepit kat break masa cuba try betolkan td...mb pakcik to x sengaja...ak da maapkan dia..cuma tangan ak nie still rasa sakit lagi..mb sebab tersepit n berdarah td...mb nie jugak dugaan...xpew...

haaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh...
ak kebosanan..rasa mcm x ada arah tuju dlm idup ini...ntah la..kenapa benda nie sering ak alami..mb ak nie mudah putus asa agaknya...
ntah...
k la...
ak da xtaw nk ckp pew...da x ada idea...
bye..

Tuesday, March 1, 2011

citer sediy bertarikh 020311

0 comments
salam blog...as usual...ak akan cari ko utk cerita peristiwa terutamanya masalah yg ak hadapi...
ak xpernah terniat utk mengaibkan sesiapa terutamanya seorang manusia yg telah ak anggap kawan...mb jugak teman...n mb jugak **** yang ak percayai...

tekaan demi tekaan yang selama ini sering bermain di kotak pikiran ak..masalah yg ak hadapi semenjak ak setahun kebelakangan ini sungguh mengecewakan...pada mulanya, ak menganggap semua nie bukan rezeki ak...tp kejadian ini terus berlarutan....

sangkaan ak selama ini ternyata salah...owg yg tidak bersalah selama ini...ak telah syaki...ak benar2 silap...ak benar2 rasa berslah terhadap hamba Allah itu....tp alhamdulillah..akhirnya...segala persoalan ak tentang problem ak to..da ak dpt...mb nie jugak keizinan dr yg maha esa...manusia yang ak, anggap teman...rupa2nya duri dlm daging...

mb terlalu open utk ak bercerita dengan lebih details...takut kalau2 akan mengaibkan dirinya...
cuma pesanan ak, hargai la nilai sebuah persahabatan dengan kejujuran, keikhlasan serta kasih sayang..bukan ada sebab lain...

Wednesday, February 23, 2011

karnival kerjaya

0 comments
wahahaha...kepenatan seharian menyap CV yang tak berapa nk okay nie..
tapi malang nya..company yang dtg kat U ak ari nie..ciput gilew..x taw nk apply apa cr job and tempat practical..syahduh nya...

xpew la janji ak da try...
next time mungkin akan jumpa la to...
kwn2 sila doakan untuk saya taw...

Tuesday, February 22, 2011

Cinta v/s Pasangan menurut ISLAM

0 comments
Jika tidak ingin melakukan kesilapan dalam membuat pilihan memilih pasangan sehidup n semati anda...anda haruslah memilih pasangan anda BUKAN disebabkan oleh 10 perkara di bawah:

  1. Berkahwin kerana harta(harta hanyalah hiasan duniawi semata2, jgn menjadi manusia yg menjdi hamba kepada duet)
  2. Berkahwin kerana paras rupa(ingatlah bahawa, paras rupa yang cantik bukanlah kekal selamanya, dan rupa paras yang cntik bukan kunci/jaminan utk hidup bahagia..tiada istilah cantik atau buruk kerna semua ini adalah kurnia TUHAN...tiada seorg pon manusia yg buruk didunia ini, melainkan dia yg menghina dirinya sendiri,sayangi la diri anda jika mahu diri disayangi oleh sidia)
  3. Berkahwin kerana perasan asmara(janganla engkau mencintainya kerna dirinya, cintai la dirinya kerna kau mencintai TUHAN yang maha esa...moga semua urusan mu didunia ini akan dipermudahkan olehNYA..)
  4. Desakan umur(umur bukanlah garis ukur untuk menilai atau menentukan samaada anda layak utk berkahwin @ tidak...jodoh adalah rahsia TUHAN...tetapi jodoh itu tidak dtg dengan sendirinya, ianya mestilah di cari...maka berikhtiar la mencari pasangan yg sesuai utk anda)
  5. Balas jasa(perkahwinan bukanla paksaan...maka alasan utk membalas jasa dengan berkahwin dengannya adala sesuatu yg tidak logik/x masuk akal...melainkan kita benar2 ikhlas terhadap nya...bukankah setiap kebaikkan yang dilakukan, tidak boleh mengharapkan sebarang balasan)
  6. Kepuasan seks(jangan lah sesekali kita memilih pasangan kerna perkara ini...jangan terlalu tergoda dengan hasutan syaitan...beringatlah wahai anak Adam, tugas syaitan dan iblis adalah untuk menyesatkan kita semua)
  7. Paksaan keluarga(desakan dr keluarga sesuatu yg sukar utk ditolak...ibarat ditelan mati emak, dibuang mati bapak...bawak la berbincang...bukankah berbincang adalah sunah Rasulullah bg mendapatkan keputusan yang lebih elok...)
  8. Pangkat dan populariti(faktor ini, kemungkinan jugak disebabkan oleh faktor dunia hari ini..maka renung-renungkan la..pangkat serta dunia glamor ni adalah sementara...adakah anda ingin hidup dengan pasangan ketika dia berpangkat n tika dia popular shj...semestinya tidak bukan)
  9. Perasan kasihan(jangan sesekali memilih pasangan anda kerna perasaan kesihan kerana ini akan memakan diri anda sendiri..malah tempiasnya juga akan terkena kepada pasangan anda yang tidak bersalah itu)
  10. Sahut cabaran teman atau sesiapa sahaja(ini semestinya tidak perlu anda lakukan..kerna ia pastinya akan melukakan hati mereka yang tak berdosa..ingtlah pd balasan TUHAN..jika di dunia x dpt cash, pastinya di akhirat kelak anda akan terima balasan pd setiap perbuatan anda...)

Diharapkan 10 perkara yang telah dinyatakan diatas tidak dijadikan garis panduan dlm memilih pasangan hidup anda di dunia dan di akhirat kelak..cintai lah pasangan anda kerna anda cintai Allah s.w.t....semoga kehidupan anda diberkati..

Carilah pasangan yang sesuai untuk anda...terima lah kelemahan yang ada pada...agar dia akan mencintai anda kerna kelemahan yang anda miliki itu...

Jika masih ragu2 untuk membuat keputusan utk menerima si dia dalam kehidupan mu, mintalah pertolongan ALLAH , yang maha esa...dengan mendirikan solat istikarah...moga semua jalan yang berliku berubah menjadi jalan yang lurus...

semoga anda yang sedang membaca mendapat input serta panduan dalam memilih pasangan anda..insyaAllah..amin..


"Cintailah seseorg bukan kerana kelebihan yang ada pada dirinya, tpi cintai la dirinya kerana kelemahan yg dimiliki olehnya..semoga dia juga begitu...=)"

Tuesday, February 8, 2011

a.k + p.e.r.u.t = adoi

0 comments
mornink..
saharian ak x boley tido taw blog....(muka simpati)
perot ak sakit...xtaw nk kctaw kat sapa2 melainkan ko...
nnt kalau ckp kat owg..takut owg salah tafsir plawk ..
mana la taw kan...
manusia nie rambut jew sama hitam..tapi ati lain...
mulut jew manis..tapi ati xtentu lagi manis mcm mulut....takut .............(piki la sendiri)

da berapa ari sakit perot..dan ari nie da masuk ari ke4...kalau ko nk taw...kan blog..mula2 ak sakit perot sebab...memulas2, x boleh makan...kalau mkn mesti sakit...tapi alhamdulilah skrg da okay..tp tetiba plawk semlm ak start moonlight...so, smlm n ari nie ak terpaksa la melayan kerenah perot ak...yang sedang meragam nie...TUHAN jew yang taw betapa sakit nya perot ak nie..tp nk wat cm mana smua nie lumrah da bg seorang gadis.remaja+wanita+kaum hawa yang ada kat muka bumi ini...so kena la terima seadanya...

wlpn ak skrg dlm mud sediy tapi ak epi jugak la..sebab weekend nie aida(X-housemate:adik kesayangan)nk dtg jumpa ak kat melaka...so boley la ak enjoy ngan dia...untuk lupakan seketika masalah2 yang ak ada wat masa nie...

.....xtaw nk kacitaw pe lagi...jiwa da mula x ok, aty plak sediy, pikiran plawk melayang2....
(sediynya...nk nangis)

Monday, February 7, 2011

h.a.t.i--k.e.c.e.w.a

4 comments
ai blog...
nta la blog...
ak rasa kecewa plak sekarang nie...
nta la...

sedar x sedar...
ak berkawan dgn dia da hampir 5 tahun...tp ak makin mengenali dia sejak 3 taun nie...
kami mula serasi...
tapi kadang kala..apa yang dia buat...x sama ngan apa yg aku arapkan...
n kadang kala...dia seolah2 cuba menyakitkan aty ak...

perkenalan ini mb seperti si hodoh n si hensem...
mb ak nie di kategori kan as perempaun hodoh n dia pulak seprti si kacak(katanya la)....
tp ak xpernah nk terhegeh2 mencari n menagih kasih dia...
bahkan dia yang cuba memulakan semua nie..

tp nta la....ak cuba menjauhkan diri...sebab ak sedar kelemahan ak...
mungkin x semegah helang..untuk terbang bersamanya..
mb ak di ibaratkan sebagai pipit...
tp apa kan daya...ak terpaksa akur dengan suratan nie....
tp perkenalan kami tetap berkekalan hingga ke ary inie...
ntah kenapa???
ak sendiri hairan
.....

kami terlalu bnyk perbezaan...
lgsung x ada psmaan...
mb ini la yg dinamakan takdir...

tapi kadang kala ak mula tersinggung
kerna dia seolah2...
cube untk memberitahu sesuatu iaitu:"Ak lebih layak untuk dpt perempuan yg lebih cantik dr kau, tapi ak tetap memilih engkau...maka kau kena terima n hargai ak"...
bkn sekali perkara ini cuba di beritahu kepada ak..tetapi terlalu bnyak...
sehingga ary ini...n ke ary ini...
ak mula tersinggung...

adakah persahabatan, kasih syang, cinta, n semua perhubungan yg ada di muka bumi ini di nilai melaui luaran means, KECANTIKKAN???
ak benar2 keliru...
adakah ak salah kerna menerima org yang hendak memulakan persahabatn dengan ak, sedangkan dia jauh lebih layak utk memperolehi org yang lebih better cantik nya dri ak...???...salah kah ak...???
ak betol2 binggung...
kenapa...manusia x memandang dari aty...dr iman nya..dr ilmunya......kenapa...????...
ak keliru...
adakah ak patot memutuskan sahaja persahabatan kami....

"ak sediy...setiap kali ak cuba berkwn dengan yg laen...maka ayat seperti ini lah yg akan dia ucapkan kepada ku...apa kah hebat benar menjadi mereka yang cantik/hensem...bukan kah ini kelebihan yang tuhan berikan kepada manusia...tapi itu jugak x bermakna manusia yang kurang cantik rupa parasnya...patot di hina...mb ini jugak kelebihan yg tuhan berikan kepada nya..."

nta la blog...ak makin xtaw.....
mungkin ak perlukan pendapat...
n nasihat....
bye...
salam
 

TiRo PageS © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men